null

 

null  
       
         
         
    e-Book
     
 

Rahsia Jutawan Hartanah Terbongkar

e-Book di atas menceritakan tentang rahsia penulis memiliki 14 buah rumah bernilai melebihi RM1 juta yang telah melayakkannya bergelar Jutawan Hartanah. e-Book ini sesuai bagi anda yang ingin tahu tentang cara dan kaedah untuk memiliki rumah yang mampu mendatangkan pendapatan pasif setiap bulan. '6 Kunci Rahsia' yang dipraktikkan oleh penulis bukan sahaja mampu merungkaikan persoalan bagaimana beliau mampu memiliki sebegitu banyak rumah dan seterusnya sewa dari kesemua rumah-rumah beliau mampu menjana pendapatan pasif kepada beliau setiap bulan.

e-Book ini diolah secara 'santai' sepertimana blog http://www.abangensem.com yang ditulis oleh beliau. Oleh itu, jangan ketinggalan untuk mendapatkan senaskhah rahsia kejayaan beliau pada harga hanya RM20.00 dan ianya pasti akan membuka minda anda untuk memulakan langkah pelaburan di dalam bidang hartanah ini.

 

Tips & Panduan Membeli Rumah Terpakai

Setelah diajukan dengan pelbagai soalan tentang langkah-langkah dan cara-cara untuk membeli rumah dari para pembaca blog http://abangensem.blogspot.com, maka terhasillah ebook yang bertajuk ‘Tips & Panduan Membeli Rumah Terpakai’ ini.

Pasti anda tertanya-tanya kenapa pembelian untuk rumah terpakai atau subsale property yang menjadi tajuknya dan bukannya rumah baru atau pun rumah lelong? Ini kerana melalui pembelian rumah terpakai sahajalah yang membolehkan anda mengikuti konsep ‘Beli Rumah Tanpa Wang’ yang sering saya amalkan selama ini dan dengan adanya ebook ini, maka ianya akan memudahkan anda untuk turut sama mempraktikkan konsep ini kerana ebook ini menceritakan secara jelas tentang langkah-langkah yang harus anda ambil di dalam urusan pembelian rumah bermula dengan proses mencari rumah sehinggalah setelah kunci rumah berada ditangan anda, semuanya akan diperjelaskan mengikut kehendak pasaran tempatan.

Berikut adalah jawapan buat anda yang tertanya-tanya kenapa ebook ini PERLU anda miliki?

·       Sebagai persediaan untuk anda mempraktikkan konsep ‘BELI RUMAH TANPA WANG’.
·
       Memudahkan anda untuk membeli rumah idaman anda.
·       Menyediakan tips-tips berkaitan urusan permohonan pinjaman perumahan.

Proses dan langkah yang diutarakan adalah mengikut suasana pasaran tempatan.

 

Caraku

“Ha.. 14 buah rumah! Banyaknya. Macamana ko boleh ada banyak camtu? Boleh pulak loan ko tu lepas semuanya” antara soalan yang kerap kali saya terima setiap kali ada di antara mereka yang tahu tentang hobi gila saya ini dan atas keinginan untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan anda, maka saya telah bukukannya di dalam ebook ini. Ebook setebal 30 mukasurat yang hanya dipenuhi dengan teks ini diolah berdasarkan soalan-soalan yang telah saya kumpulkan selama ini. Harapan saya semoga anda turut sama mendapat manafaat dari cara dan kaedah yang telah saya praktikkan selama 12 tahun saya menceburi bidang hartanah ini.

 

Tips Mudah Lulus Pinjaman

Kerap kali saya ditanya adakah kesemua 14 buah rumah saya itu dibiayai oleh bank dan apabila saya katakan "YA", saya lihat satu kerutan di muka si penyoal.

Saya pasti bukan si penyoal sahaja yang hairan dengan jawapan saya malah anda yang sedang membaca tulisan ini turut kebingungan, apatah lagi sekiranya saya memberitahu yang jumlah keseluruhan instalment 14 buah rumah saya jauh melebihi slip gaji saya setiap bulan. "Biar betul?" hati kecil anda menyoal dan bagi menjawab persoalan tersebut, maka terhasillah ebook ke 4 saya ini bagi membuka mata anda yang ianya bukanlah sesuatu yang mustahil.

Saya telah rangkumkan 11 tips yang telah saya amalkan semenjak saya mula melabur dan selama 13 tahun, tips-tips tersebut tidak pernah menghampakan saya dan untuk itu, ingin saya kongsikan kesemuanya dengan anda pada harga serendah RM25. Semoga anda akan mendapat manafaat dari kesemua 11 tips tersebut.

 

Klik di sini untuk tempahan

 
     

 

   
         
  home | biodata | e-book | contact